Gunung berapi dasar laut dijumpai

Gunung berapi dasar laut dijumpai

SYDNEY, 13 Julai (AFP) – Gugusan gunung berapi yang tenggelam telah ditemui di luar Sydney, kata saintis hari ini, dengan berpotensi untuk membantu membongkar rahsia dasar laut di antara Australia dan New Zealand.

Empat gunung berapi yang pupus itu ditemui sekitar 250 kilometer (150 batu) ke luar pantai dari bandar terbesar Australia bulan lalu ketika pencarian bagi tempat pembiakan udang karang larva.

Pakar gunung berapi Universiti Kebangsaan Australia, Richard Arculus berkata gunung–gunung berapi itu, yang tersebar seluas 20 kilometer adalah “jendela terhadap mantel” di bawah dasar laut.

“Mereka menceritakan bagaimana New Zealand dan Australia berpisah sekitar 40 sehingga 80 juta tahun lalu dan sekarang membantu sasaran penerokaan masa depan saintis terhadap dasar laut untuk membongkar rahsia kerak Bumi,” katanya.

Difikirkan sekitar 50 juta tahun, gunung–gunung berapi itu berada pada kedalaman 4,900 meter (sekitar 1,600 kaki), yang menyukarkan ia dikesan sehingga sekarang biarpun yang terbesar adalah 1.5 kilometer di sekitar rim kawah dan setinggi 700 meter dari dasar laut.

Bagaimana pun, baru-baru ini kapal penyelidikan Australia, The Investigator, yang dilengkapi dengan sonar yang boleh memeta dasar laut pada kedalaman tersebut.

“Saya rasa setiap kali kami memancarkan lampu ke dasar laut, kami melihat perkara yang tidak pernah kami lihat sebelum ini,” Arculus memberitahu AFP.

“Frasa pilihan saya kepada orang ramai adalah ‘Kita tahu permukaan topografi Marikh lebih baik berbanding kita tahu laman belakang kita’, dan ia adalah kerana tidak ada air dalam laluan itu.”

Arculus berkata dengan mengkaji komposisi lava dari gunung berapi pupus, saintis dapat memastikan komposisi lapisan mantel bawah.

“Ia seperti menyelongkar tong sampah orang lain dan meramalkan apa yang mereka makan,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA