Gunung berapi – Filipina ambil langkah berjaga-jaga

Gunung berapi – Filipina ambil langkah berjaga-jaga

MANILA, 21 Jun (AFP) – Filipina telah menyimpan stok bekalan makanan jika berlakunya pemindahan selepas gunung berapi mengeluarkan abu dan asap enam kali dalam beberapa minggu kebelakangan, menurut pegawai hari ini.

Selain paket makanan kecemasan, pihak berkuasa juga memantau dengan dekat komuniti berhampiran gunung berapi Bulusan kira-kira 390km tenggara Manila, menurut jurucakap presiden, Herminio Coloma.

Emisi terbaru berlaku pada Jumaat lalu, dengan dua lagi ledakan lain pada awal minggu lepas.

“Kerajaan terus memantau keadaan Gunung Bulusan…oleh itu kami boleh melindungi kebajikan kira-kira 34,000 penduduk yang terjejas di 22 buah kampung dan lima bandar,” kata Coloma.

Institut pemantauan gunung berapi mengatakan bahawa sejauh ini, emisi itu telah diakibatkan oleh air dalam tanah yang bercampur dengan batu panas di dalam gunung berapi setinggi 1,565 meter.

‘Letusan freatik’ ini telah menghantar abu dan asap ke ruang udara, melitupi cerun gunung berapi dan bandar berhampiran, kata pegawai yang mengetuai pasukan pemantau Bulusan, Winchelle Ian Sevilla.

ARTIKEL YANG SAMA