Gunung berapi muntahkan abu di Mexico

Gunung berapi muntahkan abu di Mexico

MEXICO CITY, 2 Ogos – Gunung berapi Popocatepetl melepaskan abu di sini dan kawasan pinggir bandar berdekatan hari ini menyebabkan habuk tebal di jalan raya dan mengotorkan kenderaan.

Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan (CENAPRED) berkata, abu dari gunung itu yang terletak kira-kira 55 kilometer di tenggara ibu negara itu menimpa lapan daerah di selatan pusat bandar raya berkenaan dan enam kawasan di pinggir bandar.

“Saya sudah bersihkan kereta semalam dan hari ini, ia menjadi kelabu dan kotor apabila saya bangun tidur,” kata Luis Carlos Carranza, 27, pemandu teksi yang menetap berdekatan lapangan terbang.

Sebuah kereta diliputi dengan abu kesan daripada gunung berapi Popocatepetl di Mexico City semalam. - AFP
Sebuah kereta diliputi dengan abu kesan daripada gunung berapi Popocatepetl di Mexico City semalam. – AFP

Sehubungan itu, aktiviti gunung berkenaan di wilayah Puebla turut dikenali sebagai “Popo” or “Don Goyo,” ‘mengamuk’ lewat Ahad sebelum kembali normal pada kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan. Letupan turut mengakibatkan batuan kecil putih berterbangan sehingga satu kilometer di timur laut sambil melepaskan abu, air dan asap.

Sementara itu, pihak berkuasa perlindungan awam menggesa penduduk supaya membersihkan abu dari bumbung dan jalan raya dan meletakkan abu dalam beg sampah bagi mengelakkannya memasuki sistem perparitan. – AFP