Gunung berapi muntahkan abu

Gunung berapi muntahkan abu

SAN JOSE, 5 Mei (AFP) – Gunung berapi Turrialba telah memuntahkan abu dan asap semalam yang mencecah sehingga ke bandar San Jose, Costa Rica sekitar 60 kilometer jauhnya, menurut pihak berkuasa.

Ledakan sederhana terbaru itu, yang termasuk batu di sekitar kawasan kawah, melanda pada jam 2100 GMT, menimbulkan kebimbangan namun bukan amaran kecemasan di bandar itu, lapor Pusat Volkanik dan Seismis. Bunyinya yang berderam-derum sudah muncul sebelumnya pada Khamis lalu.

Ledakan terbaru itu berakhir kira-kira satu jam setengah dan diiringi dengan lapisan debu di San Jose dan bau kuat belerang.

Gunung berapi itu, setinggi kira-kira 3,340 kaki, meletus pada awal Mac dan mengakibatkan penutupan lapangan terbang selama hampir dua hari.

Turrialba sudah lama tidak aktif selama 130 tahun sehingga ia muncul kembali pada tahun 1990-an. Pada lewat Oktober tahun lepas ia meledak dengan kekuatan yang cukup hebat, memuntahkan abu dan magma. Sejak itu ia masih lagi berderam-derum.