Gunung berapi Raung kembali aktif

Gunung berapi Raung kembali aktif

JAKARTA, 29 Jun (dpa) – Sebuah gunung berapi di wilayah Jawa Timur di Indonesia mengeluarkan letusan asap dan debu hari ini tatkala ia kembali aktif selepas tempoh bertenang, menurut seorang pegawai.

Pihak berkuasa meningkatkan kewaspadaan bagi Gunung Raung kepada satu tahap di bawah kadar tertinggi, tetapi tiada arahan pemindahan dikeluarkan, kata ketua Agensi Meteorologi Kebangsaan.

“Para penduduk sudah dimaklumkan supaya bertenang dan mengelak melakukan aktiviti dalam lingkungan tiga kilometer dari kawah gunung berapi berkenaan,” kata Surono, seperti lain-lain warga Indonesia yang menggunakan satu nama.

Gunung berapi setinggi 3,332 meter itu meletus pada tahun lepas, dengan tiada membabitkan korban jiwa.

Para penduduk pula berkata mereka bersedia untuk berpindah jika diarahkan berbuat demikian.

“Kami bimbang selepas melihat letusan api pada malam tadi,” seorang penduduk dikenali sebagai Nuriamah memberitahu Metro TV.

Indonesia adalah negara di mana terdapatnya lebih 130 gunung berapi yang aktif.

Gunung Sinabung di wilayah Sumatra Utara mengeluarkan asap dan gas sejak awal Jun, memaksa lebih 10,000 orang meninggalkan kediaman dan kampung mereka untuk berlindung di tempat selamat.

ARTIKEL YANG SAMA