Gunung Bromo muntahkan abu

Gunung Bromo muntahkan abu

JAKARTA, 10 April (dpa) – Gunung Bromo, Indonesia mengeluarkan abu gunung berapi lebih daripada satu kilometer tinggi hari ini, memaksa penutupan lapangan terbang, lapor media tempatan.

Penerbangan komersial ke lapangan terbang Abdulrachman Saleh di bandar Malang telah dialihkan ke lapangan terbang antarabangsa di Surabaya.

Gunung Bromo, di wilayah Jawa Timur, mula mengeluarkan abu dan asap tebal sejak 1 April.