Gunung Kea, Hawaii lebih tinggi dari Everest

Gunung Kea, Hawaii lebih tinggi dari Everest

 

KATHMANDU, 21 Jun (Agensi) – Ada dua gunung dianggap tertinggi di dunia, Gunung Everest di Nepal lebih tinggi dari aras laut berbanding puncak mana-mana gunung lain, namun Gunung Kea di Hawaii tertinggi apabila diukur dari bahagian dasar ke puncak.

Apabila mengukur puncak gunung mengikut aras laut, Gunung Everest adalah yang tertinggi di dunia. Berada pada ketinggian 8,850 meter, ia raja dalam kalangan gunung berukuran ‘8000 meter’, membabitkan 14 gunung di dunia.

Terletak di sempadan Nepal dan Tibet di banjaran Himalaya, puncak Everest kali pertama didaki Edmund Hillary dan Tenzing Norgay dalam satu misi penerokaan British.

Walaupun nama asal Everest adalah Chomolangma, gunung itu diberikan nama rasmi Inggeris pada tahun 1865 oleh Andrew Waugh, seorang Ketua Juru Ukur British daripada Persatuan Geografi Diraja tanpa mengetahui nama tempatan, berikutan Nepal dan Tibet ditutup kepada orang luar ketika itu.

Gunung Kea merupakan yang tertinggi apabila diukur dari bahagian dasar ke puncak yang terletak di Hawaii.
Gunung Kea merupakan yang tertinggi apabila diukur dari bahagian dasar ke puncak yang terletak di Hawaii.

Dalam pada itu, gempa bumi dahsyat yang menggegarkan Nepal April lalu mengakibatkan Everest beralih tiga sentimeter ke arah barat daya, namun ketinggiannya tidak berubah.

Sementara itu, Gunung Kea, gunung berapi tidak aktif di Honolulu adalah gunung tertinggi di dunia jika dikira dari dasarnya, amat dalam di Lautan Pasifik hingga ke puncak.

ARTIKEL YANG SAMA