Gunung Sinabung meletus, 7 maut

Gunung Sinabung meletus, 7 maut

JAKARTA, 22 Mei (AFP) – Angka kematian ekoran letusan gunung berapi di barat Indonesia telah meningkat kepada tujuh orang, menurut seorang pegawai hari ini, dengan kebimbangan lebih ramai lagi mungkin terperangkap oleh abu panas.

Tiga orang juga masih dalam keadaan kritikal selepas Gunung Sinabung, gunung berapi yang begitu aktif di Pulau Sumatra, mengeluarkan siri-siri letusan baru tengah hari semalam, menurut jurucakap agensi bencana Sutopo Purwo Nugroho.

“Sembilan orang terkena awan panas. Enam orang terbunuh dan tiga lagi masih dalam keadaan kritikal,” kata beliau seraya menambah bahawa mereka yang tercedera telah dibawa ke hospital.

Menurut Sutopo para mangsa kesemuanya sedang berladang dalam ‘zon merah’ – sebuah kawasan terletak empat kilometer sejauh empat kilometer dari Sinabung yang telah diisytihar tidak dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa kerajaan kerana alasan keselamatan, apabila mereka menyedut udara dari awan piroklas .

Gunung berapi Sinabung memuntahkan awan panas yang mengandungi abu, yang dilihat dari Mukim Simpang Empat di Karo, Sumatera Utara kelmarin. – AFP
Gunung berapi Sinabung memuntahkan awan panas yang mengandungi abu, yang dilihat dari Mukim Simpang Empat di Karo, Sumatera Utara kelmarin. – AFP

Gelombang gas panas dan batu besar yang bergerak pantas ini. gelombang yang bergerak pantas boleh mencecah 700 darjah boleh mencecah 700 darjah selsius ketika ia menuruni lereng-lereng gunung berapi itu. Pasukan mencari dan menyelamat berhati-hati mencari di rumah dan ladang di kampung Gamber, yang mana para penduduk telah diarah mengosongkannya pada lewat 2014 disebabkan risiko yang tidak dapat diterima iaitu risiko aliran lava, abu tebal dan batu besar gunung berapi yang jatuh.

“Tidak diketahui sebenarnya berapa ramai berada di Kampung Gamber apabila awan panas turun,” ujarnya, dengan menambah kata kru kecemasan bimbang akan risiko letusan seterusnya. “Seharusnya tidak ada sebarang pergerakan terbuka dalam zon merah.”