Gurauan bawa ...

Gurauan bawa padah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Gurauan seorang wanita warga Malaysia untuk memuat naik gambar dan rakaman video tidak senonoh milik isteri kepada rakannya mengundang padah apabila dia didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini.

Hasnah binti Mohamad, 39, menghadapi tuduhan mengugut rakannya untuk memuat naik gambar dan rakaman video tidak senonoh isteri kepada rakannya itu ke dalam Facebook dan YouTube.

Hasnah yang mengakui kesalahannya itu memberitahu mahkamah yang dia hanya bergurau dan tidak mempunyai niat untuk melakukannya.

Tertuduh memberitahu mahkamah bahawa rakannya sebelum ini pernah membuat ugutan yang sama terhadapnya namun dia tidak pernah ambil hati.

Mendengar alasan yang diberikan, Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menarik balik pengakuan bersalah tertuduh kepada ‘tidak bersalah’.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina menetapkan 27 Februari untuk tarikh perbicaraan dan melepaskan tertuduh dengan ikat jamin $2,000 atau seorang penjamin tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA