Gurauan bom tunda penerbangan 2 jam

Gurauan bom tunda penerbangan 2 jam

BALIK PULAU (Pulau Pinang), 22 Julai – Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka, terpaksa membayar denda atas tindakan bodoh mereka, menyebabkan penerbangan AirAsia Indonesia dari Pulau Pinang ke Jakarta tertangguh dua jam, semalam.

Kawan Tambunan, 48, dan Wahyuningsih, 47, ditahan dan didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan ugutan jenayah yang mengakibatkan Kawan perlu membayar denda RM1,000.

Selepas menaiki pesawat itu pada 5.55 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pramugari meminta pasangan itu meletakkan bagasi kabin mereka di ruangan simpanan, tetapi mereka enggan berbuat demikian, kata Ketua Polis DaerahBarat Daya Supt Anuar Omar.

Pramugari itu kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa lapangan terbang dan polis kemudian menahan pasangan itu.

“Kami percaya ugutan bom itu hanyalah gurauan dan pemeriksaan polis mendapati beg itu hanya mengandungi bekalan ubatan bagi penyakit jantung. Ia tiada kena-mengena dengan ancaman pengganas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – Bernama