Guru agama galas tugas mencabar – Hamisa

Guru agama galas tugas mencabar – Hamisa

TAWAU, 22 Mei (Bernama) – Guru agama menggalas tugas dan tanggungjawab mencabar dalam melahirkan generasi Muslim cemerlang dalam era perkembangan dunia tanpa sempadan ketika ini, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat.

“Oleh itu, guru agama perlu sentiasa peka dan mempertingkat ilmu…agar mampu melahirkan pelajar berkualiti,” katanya.