Guru dipenjara akibat penderaan seksual

Guru dipenjara akibat penderaan seksual

PHNOM PENH, Kemboja, 12 Jun (AP) – Mahkamah ibu kota Kemboja menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang guru Australia kelmarin setelah didapati bersalah penderaan seksual enam lelaki bawah umur .

Hakim mahkamah Kor Vandy mengatakan, George Moussallie, 52, didakwa atas dua tuduhan, melakukan hubungan seks dengan bawah 15 tahun dan perbuatan tidak senonoh dengan bawah 15 tahun. Mangsa-mangsanya berusia antara tiga hingga 13 tahun. Walau bagaimanapun, Moussallie menafikan tuduhan tersebut.

Kumpulan Action Pour Les Enfants, organisasi swasta yang berkempen menentang eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak, mengatakan Moussallie telah tinggal di Kemboja dalam tempoh lima tahun.

Mereka berkata dia ditahan oleh gerakan anti perdagangan Kemboja dan ejen perlindungan remaja pada Ogos 2014 apabila dia keluar dari apartmennya di Phnom Penh ditemani dua budak lelaki.

ARTIKEL YANG SAMA