Guru-guru cemerlang diraikan

Guru-guru cemerlang diraikan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Jawatankuasa pemimpin sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei IIB hari ini mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru sebagai menyemarakkan semangat dan menghargai guru-guru atas khidmat bakti mereka mendidik anak bangsa, memberikan ilmu pengetahuan serta mencorak akhlak dan tingkah laku dengan sempurna.

Majlis yang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah itu juga bertujuan meraikan guru-guru terutama guru-guru ugama kawasan Brunei IIB sempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan kali ke 25 di samping menghargai kecemerlangan guru-guru dari aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam, Hajah Rusita binti Haji Yahya berkata, penganugerahan penghargaan kepada guru-guru cemerlang dalam bidang tertentu adalah sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru yang banyak menabur jasa serta aktif melibatkan diri dalam bidang pendidikan sama ada dalam dan di luar sekolah.

Majlis turut diraikan ialah guru-guru yang telah bersara dan menyampaikan penghargaan kepada sekolah yang terbaik dalam pencapaian akademik bagi tahun 2014.

Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam berserta tetamu khas yang di majlis itu.
Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam berserta tetamu khas yang di majlis itu.
Pengiran Dr. Hajah Nur-Ashikin menyampaikan ceramah bertajuk ‘Guru Pemangkin Insan Berwawasan’.
Pengiran Dr. Hajah Nur-Ashikin menyampaikan ceramah bertajuk ‘Guru Pemangkin Insan Berwawasan’.
Antara guru-guru yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kawasan Brunei IIB
Antara guru-guru yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kawasan Brunei IIB

Pada majlis berkenaan, Hajah Rusita menyampaikan Anugerah Guru Cemerlang bagi tahun 2015 dalam beberapa bidang iaitu bidang Al-Quran, Syariah dan bidang Usuluddin.

Tiga buah Sekolah Cemerlang Tahun 2014 dalam bidang akademik, turut menerima anugerah. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Kampung Mentiri bagi sesi pagi; Sekolah Ugama Berakas Garison dan Sekolah Ugama Sultan Sharif Ali, Kampung Salambigar.

Majlis turut diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh pensyarah Universiti Brunei Darussalam, Pengiran Dr. Hajah Nur-Ashikin binti Pengiran Haji Petra dengan tajuk ceramah, ‘Guru Pemangkin Insan Berwawasan’.

ARTIKEL YANG SAMA