Guru, kakitangan TLS tamat kursus marsyal bomba

Guru, kakitangan TLS tamat kursus marsyal bomba

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Guru-guru dan kakitangan Tinkerbell Learning School (TLS) telah menerima sijil masing-masing setelah menamatkan Kursus Latihan Marsyal Bomba yang diadakan selama tiga hari di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Berakas, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang diterima di sini, hari ini, dalam kursus tersebut, para peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan pelbagai jenis alat pemadam kebakaran, kain pemadam api, latihan menyelamat asas, amalan terbaik dalam laluan pengosongan bangunan, pembelajaran teori, latihan kebakaran dan latihan senario sebenar.

Pengetua sekolah, Dayang Iidil Rahmah binti Abdullah yang juga menyertai latihan itu berkata, kursus latihan seperti itu sangat berguna bagi para kakitangan sekolah berkenaan ketika berdepan situasi kecemasan dan bagaimana untuk menanganinya terutamanya bagi sekolah itu yang menempatkan pelajar-pelajar cilik.

Para peserta ketika mengikuti salah satu Kursus Latihan Marsyal Bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Berakas, baru-baru ini.
Para peserta ketika mengikuti salah satu Kursus Latihan Marsyal Bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Berakas, baru-baru ini.
Dayang Iidil Rahmah yang turut serta dalam Kursus Latihan Marsyal Bomba.
Dayang Iidil Rahmah yang turut serta dalam Kursus Latihan Marsyal Bomba.

ARTIKEL YANG SAMA