Guru maut di Lawas

Guru maut di Lawas

Oleh Arissa

 

LAWAS, 23 Mei – Seorang guru yang mengajar di daerah ini maut selepas kereta jyang dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar sepohon pokok di jalan bertentangan dalam kemalangan yang berlaku di kilometer 20 Jalan Lawas-Trusan di sini petang ini.

Mangsa, Ellyvia Kermin, 27, berasal dari Beaufort Sabah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kemalangan berlaku jam 5.05 petang ketika mangsa dalam perjalanan dari bandar Lawas menuju ke Trusan.

Kereta jenis Produa Myvi yang remuk akibat kemalangan itu.
Kereta jenis Produa Myvi yang remuk akibat kemalangan itu.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok yang berada di sebelah kanan laluan dari Bandar Lawas ke Trusan.

“Mangsa juga disahkan meningggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya di sini hari ini.

Kes terbabit akan disiasat dibawah Seksyen 41(1) 1987.