Guru mengaku tidak bersalah cabul murid

Guru mengaku tidak bersalah cabul murid

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jan – Seorang guru sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi, hari ini, atas tiga pertuduhan mencabul kehormatan tiga orang pelajar perempuan berusia 10 dan 11 tahun dalam tiga kejadian berasingan pada 2014.

Haji Mohammad Azrin bin Haji Ahmad, 33, didakwa melakukan kesalahan itu di salah sebuah kelas makmal sains.

pg01_160127_mahkamah logo

Dia didakwa mengikut Seksyen 354B Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Dato Paduka Steven Chong menetapkan persidangan pra-percubaan pada 27 Februari sebelum menetapkan tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurjauinah binti Haji Kula.

ARTIKEL YANG SAMA