Guru Pemangkin Insan Berwawasan

Guru Pemangkin Insan Berwawasan

Oleh Mohamad Asyramisyanie, Sim Y.H. & Abdul Rahim Ismail

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi tadi, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru ke-25 bagi tahun 2015 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman selaku pengerusi bersama berserta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis berkenaan.

Majlis yang bertemakan ‘Guru Pemangkin Insan Berwawasan’ itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dihadiahkan khusus kepada Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah dan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama para peserta persembahan.
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama para peserta persembahan.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien kepada Yang Berhormat Pehin Dr. Ustaz Haji Yahya.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien kepada Yang Berhormat Pehin Dr. Ustaz Haji Yahya.
Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama jemputan yang hadir di majlis itu.
Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama jemputan yang hadir di majlis itu.
Kerabat diraja yang berangkat pada majlis itu.
Kerabat diraja yang berangkat pada majlis itu.

pg04_150924_e

Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh johan Tilawah Al-Quran sempena Sambutan Hari Guru tahun 2015, Haji Zaidin bin Morni serta kesimpulan ayat oleh Awang Suherdey Serbini sebelum sembah alu-aluan daripada Menteri Pendidikan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan mengurniakan titah sebelum berkenan mengurniakan anugerah-anugerah Hari Guru ke-25 Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2015 antaranya Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, Anugerah Guru Berjasa, Anugerah Guru Cemerlang dan Anugerah Penghargaan Hari Guru.

Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien telah diterima oleh Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Yahya bin Haji Ibrahim bagi Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien.

Anugerah Guru Berjasa pula diterima oleh Dato Seri Setia Haji Mahalle bin Haji Abdullah dan Haji Ibrahim bin Mohd Yassin diikuti Anugerah Guru Cemerlang yang diterima oleh Profesor Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, Dayang Faridah binti Abdul Hamid, Dayang Mazmewati binti Mazali dan Hajah Normah binti Mohd Daud.

Manakala itu, penyampaian Anugerah Penghargaan Hari Guru telah disempurnakan pada sebelah petang oleh Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar.

Di akhir majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyaksikan pameran dan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar Sekolah Al-Falah dan seni hadrah oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja Mentiri.

ARTIKEL YANG SAMA