Guru sebagai orang tua kedua

Guru sebagai orang tua kedua

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 29 Sept – Ibu bapa dan guru merupakan orang yang amat berpengaruh dalam memberi pendidikan dan membentuk nilai murni para pelajar yang bukan sahaja dapat melahirkan generasi bermanfaat dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara, malah ia juga merupakan pelaburan yang menguntungkan dan berterusan kepada ibu bapa dan guru.

Justeru itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah (SR) Sultan Hassan Bangar, Daerah Temburong telah mengambil langkah proaktif menganjurkan Sambutan Hari Guru bagi sekolah berkenaan yang diadakan di dewan sekolah berkenaan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengerusi PIBG SR Sultan Hassan Bangar, Awang Azri bin Haji Mohd Yusof.

Kalangan guru yang diraikan bergambar ramai bersama ahli-ahli PIBG Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar.
Kalangan guru yang diraikan bergambar ramai bersama ahli-ahli PIBG Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar.

Turut hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa dan para ibu bapa serta penjaga murid-murid.

Mereka yang hadir dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang ditonjolkan oleh para pelajar sekolah berkenaan.

Majlis berkenaan antara lain bertujuan bagi mengenang serta menghargai jasa guru bahawa tugas guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan sahaja, tetapi merangkumi tugas dalam bidang kemanusiaan dan harus menjadikan dirinya sebagai orang tua kedua kepada anak-anak didiknya sehingga guru harus dapat menarik simpati para pelajarnya.

ARTIKEL YANG SAMA