Guru tadika Paris, diserang

Guru tadika Paris, diserang

PARIS, 14 Dis (AFP) – Seorang guru di sub bandar Paris telah diserang oleh seorang lelaki yang mengacu-acukan pemotong kotak dan gunting yang memetik kumpulan jihad Islamic State (IS), menurut sumber di pejabat polis dan pendakwa hari ini.

Serangan itu muncul selepas IS pada November menggesa pengikutnya untuk membunuh guru dalam sistem pendidikan kerana mengajar sekularisme dan mewujudkan ‘perang terbuka ke atas keluarga Islam’.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditikam di tepi dan di leher semasa hendak mengajar di sebuah sekolah di Aubervilliers, timur laut Paris, namun nyawanya tidak dalam bahaya, menurut sumber polis.

Penyerang itu berpakaian overall dan balaclava serta datang tanpa membawa senjata namun merebut apa yang kelihatannya seperti pemotong kotak yang ada di bilik darjah itu serta sepasang gunting.

Menurut pendakwa tempatan, lelaki itu menjerit: “Ini Daesh. Ini adalah satu amaran.” Daesh adalah nama lain bagi IS.

Pasukan polis dan bomba Perancis dilihat di hadapan sekolah tadika tempat seorang lelaki berhud mendakwa bertindak bagi IS, menyerang seorang guru dengan senjata tajam di Aubervilliers, berhampiran Paris, Perancis, pada 14 Disember. – AFP
Pasukan polis dan bomba Perancis dilihat di hadapan sekolah tadika tempat seorang lelaki berhud mendakwa bertindak bagi IS, menyerang seorang guru dengan senjata tajam di Aubervilliers, berhampiran Paris, Perancis, pada 14 Disember. – AFP

Pertengkaran singkat telah dilaporkan oleh saksi yang bekerja di dalam sekolah berkenaan.

Penyerang melarikan diri selepas menikam guru berkenaan dan siasatan telah dijalankan oleh penyiasat anti-pengganas.

Majalah IS berbahasa Perancis, Dar-al-Islam dalam edisi Novembernya, menyeru pengikutnya untuk bunuh guru dalam sistem pendidikan Perancis, menyifatkan mereka sebagai ‘musuh Allah’.

“Pendidikan ini, dalam kes Perancis terutamanya, adalah bermaksud propaganda yang digunakan untuk mengenakan cara pemikiran korup yang ditubuhkan oleh propaganda judeo,” katanya.

Sementara motif penyerang masih belum jelas, serangan itu muncul ketika Perancis masih lagi dalam keadaan berwaspada selepas sebulan berlakunya kejadian penembakan dan serangan berani mati di tempat-tempat hiburan malam Paris yang membunuh seramai 130 orang dan mencederakan 350 yang lain.