Guru Turki di Pakistan bawa kes ke mahkamah

Guru Turki di Pakistan bawa kes ke mahkamah

ISLAMABAD, 17 Nov – Arahan Pakistan ke atas 400 rakyat Turki, kebanyakannya guru sekolah dan keluarga mereka, untuk meninggalkan negara itu dalam masa 72 jam telah dicabar dalam mahkamah hari ini ketika ratusan pelajar membantah di jalan untuk mengecam tindakan pemecatan itu. Perkara tersebut muncul ketika Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sedang mengadakan lawatan berprofil tinggi ke Pakistan.

Warga-warga Turki berkenaan termasuk kakitangan di beberapa buah sekolah Antarabangsa PakTurk dan anggota keluarga mereka.

Ankara telah menuduh sekolah itu berkaitan dengan pergerakan pendakwah penentang berpangkalan di AS, Fethullah Gulen, yang Pak-Turk nafikan. Erdogan telah menuduh para penyokong Gulen mengadakan rampasan kuasa gagal pada 15 Julai di Turki.

Sekolah itu hari ini menyiarkan kenyataan baru dalam laman webnya mengatakan ‘Kolej dan Sekolah Antarabangsa di Pakistan tidak ada mempunyai kaitan atau gabungan dengan mana-mana individu politik atau mana-mana pergerakan atau organisasi’. – AP

ARTIKEL YANG SAMA