Guru wanita cedera akibat ditikam

Guru wanita cedera akibat ditikam

SANDAKAN, 2 Sept – Seorang guru wanita cedera dileher akibat ditikam seorang lelaki di kawasan letak kereta berhampiran sebuah restoran di Batu 4 dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP, Zabidi Mohd Zain kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang ketika guru berusia 27 tahun itu sedang memparkir keretanya sebelum membeli makanan di restoran tersebut.

“Belum sempat guru itu keluar dari keretanya, seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau muncul di tepi pintu bahagian pemandu kereta itu dan menyuruhnya duduk di sebelah kiri kereta tersebut.

“Guru itu lalu menjerit meminta tolong yang menyebabkan lelaki itu bertindak menikam lehernya sebelum melarikan diri, katanya hari ini.

Zabidi berkata guru itu pada mulanya memandu keretanya ke kawasan hadapan restoran itu untuk meminta pertolongan, namun orang ramai yang berada di situ tidak memperdulikannya.

Mangsa lalu memandu keretanya balik ke rumah di mana dia dibawa ke hospital oleh rakan serumahnya, katanya. – Bernama