Gustavo tarik diri dari skuad Brazil

Gustavo tarik diri dari skuad Brazil

RIO DE JANEIRO, 3 Jun – Brazil sekali lagi menerima tamparan menjelang saingan Copa America apabila pemain tengah, Luiz Gustavo menjadi pemain keenam menarik diri daripada skuad itu berikutan masalah peribadi.

Keputusan itu hadir sehari selepas selepas penyerang veteran, Kaka terpaksa diketepikan susulan masalah kecederaan ‘hamstring’ sebelum Brazil membuka tirai saingan menentang Ecuador di California, awal pagi Ahad ini.

Pemain Gremio, Wallace dipanggil bagi menggantikan tempat Gustavo.

Gustavo menjadi pemain keenam menarik diri daripada skuad itu berikutan masalah peribadi. – AFP
Gustavo menjadi pemain keenam menarik diri daripada skuad itu berikutan masalah peribadi. – AFP

“Dalam perbincangan bersama barisan kejurulatihan Brazil, pemain Wolfburg itu meminta untuk dilepaskan daripada skuad kerana masalah peribadi,” kata kenyataan dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Brazil tanpa memberikan maklumat lanjut.

Kaka sebelum ini dipanggil bagi berada dalam skuad Brazil menggantikan tempat pemain Bayern Munich, Douglas Costa yang mengalami kecederaan.

Pemain lain yang terpaksa diketepikan susulan masalah kecederaan termasuk Ricardo Oliveira Santos yang digantikan dengan Jonas, penjaga gol, Ederson dan pemain tengah Barcelona, Rafinha. – AFP