Gusti: Mungkinkah Hardy Boyz muncul lagi?

Gusti: Mungkinkah Hardy Boyz muncul lagi?

pg21_150912_b

WASHINGTON, 11 Sept (Agensi) – Menurut The Wrestling Observer, WWE kini dalam peringkat perbincangan untuk membawa The Hardy Boyz kembali ke arena gusti profesional.

Selepas kemunculan The Dudley Boyz, WWE memulakan kempen Twitter meminta pandangan peminat gusti mengenai idea menampilkan semula pasangan tag team popular suatu ketika dulu, The Hardy Boyz.

Sebelum ini salah seorang anggota kumpulan itu, Jeff Hardy, dilarang kembali ke arena gusti oleh WWE akibat terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah lewat 2009.

Menurut laporan The Pilot, Jeff ditahan atas tuduhan mengedar dadah dan memiliki steriods anabolik.

Ketika ditemu bual dalam rancangan podcast Jim Ross pada November lepas Jeff berkata, mereka masih berminat untuk kembali beraksi dalam arena WWE tapi setakat ini bercadang hanya secara sambilan saja.

Kali terakhir mereka muncul di arena gusti adalah ketika bersama Davey Richards mengalahkan The Revolution dalam perlawanan TNA Impact, Mei lalu.

Malangnya, The Hardys terpaksa melupakan kejuaraan TNA World Tag Team Championships ekoran kecederaan dihadapi Jeff.

Jeff dan Matt Hardy adalah pengasas Organization of Modern Extreme Grappling Arts menandatangani kontrak dengan WWE pada 1998. Hardy Boyz juga dikenali sebagai The Hardys.

Di sepanjang karier mereka, Hardy Boyz turut meraih gelaran individu termasuk memenangi kejuaraan WWF Hardcore pada 2000, WWF Intercontinental (2001), WWF European (2001) danLight Heavyweight Wrestling (2001).

ARTIKEL YANG SAMA