Gutierrez terpaksa guna kereta ganti

Gutierrez terpaksa guna kereta ganti

MANAMA, 1 April (Reuters) – Pemandu Formula Satu bagi pasukan Haas, Esteban Gutierrez akan menggunakan kereta ganti pasukan itu pada perlumbaan Grand Prix di Bahrain pada hujung minggu ini selepas kereta yang telah remuk di Australia, semakin teruk apabila kren pemulihan mengalihkannya dari litar lumba.

“Ada sedikit kerosakan pada bahagian belakang, hingga ke bawah. Tetapi saya berpendapat cesi pecah akibat kren, hanya retak. Ia tidak sesuai,” pelumba Mexico itu memberitahu para pemberita di litar Sakhir semalam.

Gutierrez terlibat dalam kemalangan di Melbourne, perlumbaan pembukaan musim pada 20 Mac lalu selepas bertembung dengan pemandu McLaren, Fernando Alonso, yang cuba memotong tetapi sebaliknya merempuh bahagian belakang kereta Haas.

Kereta McLaren melambung ke udara ke arah laluan kelikir, terbalik apabila mendarat.

Esteban Gutierrez (kiri) akan menggunakan kereta ganti memandangkan keretanya tidak boleh digunakan berikutan kejadian kemalangan pada Grand Prix Australia. – Reuters
Esteban Gutierrez (kiri) akan menggunakan kereta ganti memandangkan keretanya tidak boleh digunakan berikutan kejadian kemalangan pada Grand Prix Australia. – Reuters

Alonson tidak mengalami sebarang kecederaan selepas memanjat dengan susah keluar dari bangkai kereta tetapi semalam mendedahkan bahawa dia mengalami retak pada tulang rusuk dan kecederaan paru-paru dan para doktor tidak membenarkannya berlumba di Bahrain.

Haas, dengan pasukan yang pemiliknya adalah dari AS membuat kemunculan sulung, nampaknya kurang mengalami kerosakan pada ketika itu tetapi diangkat keluar dari litar lumba selepas perlumbaan dihentikan.

Ketua pasukan Guenther Steiner berkata Gutierrez akan menggunakan cesi yang Haas gunakan pada ujian pra-musim di Sepanyol.

Haas, pasukan pertama milik AS dalam tempoh 30 tahun, mencatatkan mata pada kemunculan pertamanya dengan pelumba Perancis Romain Grosjean mendapat tempat keenam di Albert Park, Melbourne.

ARTIKEL YANG SAMA