H7N9: Pasar t...

H7N9: Pasar ternakan ditutup di Beijing

BEIJING, 13 Feb – Beberapa bandar China telah menutup pasar ternakan mereka ekoran wabak selesema burung yang telah membunuh sekurang-kurangnya dua dozen orang pada tahun ini di seluruh China.

Jualan haiwan ternakan hidup kini telah digantung di Changsha, ibu negeri tengah wilayah Hunan di China, serta pasar di seluruh timur wilayah Zhejiang, lapor Agensi Berita Xinhua semalam, tatkala pihak berkuasa menghadapi dan mengatasi berpuluh kes baru selesema burung H7N9.

Hampir 300 pasar dan rumah sembelih ditutup di barat daya bandar China Suining, di mana pihak berkuasa juga bertindak keras ke atas perniagaan ternakan yang tidak sah.

Xinhua melaporkan 21 orang di wilayah Jiangsu meninggal dunia pada Januari selepas dijangkiti H7N9.

Pihak berkuasa Hunan telah melaporkan sekurang-kurangnya lima kematian pada tahun ini, dan seorang anak damit perempuan meninggal dunia di barat daya wilayah Yunnan.

Seorang pekerja perubatan memantau pesakit yang dijangkiti selesema burung H7N9 di Pusat Rawatan perubatan di Wuhan di wilayah Hubei pusat China. Beberapa bandar Cina menutup pasar ternakan mereka berikutan wabak selesema burung yang telah membunuh sekurang-kurangnya 12 orang tahun ini di seluruh China. – AP
Seorang pekerja perubatan memantau pesakit yang dijangkiti selesema burung H7N9 di Pusat Rawatan perubatan di Wuhan di wilayah Hubei pusat China. Beberapa bandar Cina menutup pasar ternakan mereka berikutan wabak selesema burung yang telah membunuh sekurang-kurangnya 12 orang tahun ini di seluruh China. – AP

Wabak selesema burung H7N9 dalam manusia pertama melanda di China pada Mac 2013, membunuh lebih daripada 40 orang dan memusnahkan industri ternakan.

H7N9 dianggap kurang mudarat berbanding jenis H5N1, dipersalahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atas beratus kematian di seluruh dunia dalam tempoh satu dekad lalu.

Kebanyakan orang yang dijangkiti dengan H7N9 dipercayai menjangkitinya menerusi sentuhan dengan ternakan yang dijangkiti atau memasuki kawasan tercemar, menurut notis WHO yang dikeluarkan pada bulan lalu.

Pakar tidak percaya virus boleh merebak di antara manusia, kata WHO. – AP