Haagen-Dazs bakal lancar 5 perisa baru

Haagen-Dazs bakal lancar 5 perisa baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Haagen-Dazs Brunei memaklumkan bahawa mereka akan melancarkan lima perisa terbaru untuk pasaran negara ini semasa Karnival DST yang akan diadakan pada 3 dan 4 Disember ini di Taman Permainan Jerudong Park.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, ais krim perisa baru berkenaan, iaitu aiskrim Vanilla Caramel Almond, Salted Caramel, Green Tea & Almond, Strawberries & Cream dan Chocolate Choc Almond, akan boleh didapati semasa karnival tersebut sebelum dijual di kedai-kedai seluruh negara.

Semasa karnival itu juga, pengunjung bertuah akan berpeluang mendapatkan aiskrim Haagen-Dazs secara percuma bagi perisa terbaru berkenaan apabila mereka mendaftar bagi Kad DST baru.

Selain itu, promosi khas turut disediakan yang mana dengan pembelian mana-mana lima aiskrim Haagen-Dazs pelanggan akan menerima beg penyejuk Haagen-Dazs secara percuma.

Lima aiskrim berperisa baru yang akan dilancarkan.
Lima aiskrim berperisa baru yang akan dilancarkan.

ARTIKEL YANG SAMA