Had umur perkahwinan Sepanyol dinaikkan

Had umur perkahwinan Sepanyol dinaikkan

MADRID, 24 julai – Sepanyol naikkan had umur minimum untuk berkahwin daripada 14 kepada 16 tahun, seiring semakan semula undang-undang perkahwinan yang perlu mendapatkan kebenaran hakim terlebih dulu.

Syarat minimum sebelum ini, 14 tahun adalah antara yang terendah di Eropah.

Kerajaan konservatif Sepanyol membuat peraturan baharu itu untuk menangkis kegiatan paedophilia, tetapi pada pada masa sama membuang hukuman jenayah bagi hubungan seks sesama remaja.

Undang-undang baharu itu bertujuan membendung ‘penderaan atau hubungan yang tidak setara,” kata Salome Adroher, pengarah bahagian kanak-kanak dan keluarga, Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, perkahwinan pasangan bawah umur semakin kurang di Sepanyol sejak beberapa tahun lalu. Pada 2014, hanya satu perkahwinan bawah umur membabitkan pasangan 15 tahun direkodkan.

Komuniti gispsi yang terkenal dengan perkahwinan bawah umur selama ini, semakin meninggalkan amalan itu, kata Manuel Gonzalez daripada Persatuan Roma, Madrid. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA