Hadiah ‘Big Shopping Win’ cukup hebat

Hadiah ‘Big Shopping Win’ cukup hebat

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Dayang Mah Wai Kuen yang bakal meraikan hari jadinya pada 17 Mac depan, hari ini, menerima hadiah yang sangat istimewa apabila berjaya memenangi sebuah Mitsubishi Lancer 1.6 Auto dalam cabutan promosi membeli-belah Bank Baiduri dengan kerjasama Hua Ho, ‘Big Shopping Win’.

Menurut Dayang Mah, beliau tidak menyangka bahawa nasib benar-benar menyebelahinya apabila beliau yang merupakan peserta cabutan akhir pertama membuat pemilihan sampul surat, bernasib baik memilih sampul surat yang bertuah dan membawa pulang sebuah kereta baru. Manakala itu, dua orang lagi peserta akhir cabutan hadiah utama, tidak kurang membawa pulang hadiah-hadiah menarik dengan Awang Headillah bin Zainuddin turut memandu pulang sebuah kereta baru iaitu Mitsubishi Attrage 1.2 Auto dan Awang Mohd Norizam bin Haji Mohd Zain membawa pulang baucar membeli-belah H2 berjumlah $1,000.

Pada majlis cabutan akhir promosi yang diadakan di Pasar raya Hua Ho, Kiulap itu, seramai 10 orang pemenang bertuah promosi mengikuti tiga pusingan pemilihan penuh suspens untuk menentukan pemenang hadiah utama promosi berkenaan.

Pada pusingan awal, seramai lima orang pemenang membawa pulang hadiah sagu hati berupa baucar membeli-belah Hua Ho berjumlah $300, iaitu Nurefna Abdullah, Effaizan Haji Salam, Soon Lee Hui, Haji Hamidun bin Ismail dan Nadhratul Lily Damia, yang disampaikan oleh Pengurus cawangan Hua Ho Mulaut, Alex Lim.

Dayang Mah Wai Kuen gembira menunjukkan surat yang menyatakan bahawa beliau telah memenangi sebuah kereta baru.
Dayang Mah Wai Kuen gembira menunjukkan surat yang menyatakan bahawa beliau telah memenangi sebuah kereta baru.
Para pemenang bertuah Promosi The Big Shopping Win bergambar-ramai dengan hadiah masing-masing.
Para pemenang bertuah Promosi The Big Shopping Win bergambar-ramai dengan hadiah masing-masing.

Manakala itu, pada pusingan kedua, dua orang pemenang membawa pulang hadiah sagu hati berupa baucar membeli-belah berjumlah $500 iaitu Iyan Nurpalah Falahuddin dan Hong Siew Kheng, yang disampaikan oleh Pengurus Hua Ho Kiulap, Jay Choo Jun Lee.

Dalam pusingan terakhir bagi menentukan pemenang hadiah utama promosi, tiga orang pemenang iaitu Dayang Mah, Awang Headillah dan Awang Mohd Norizam, menentukan hadiah mereka dengan membuat pemilihan penuh debaran tiga sampul surat yang mengandungi hadiah mereka dengan Dayang Mah dan Awang Headillah masing-masing membawa pulang sebuah kereta baru.

Hadiah utama promosi iaitu sebuah kereta Mitsubishi Lancer 1.6 Auto disampaikan oleh Pengarah Hua Ho, Lau Soon Lin dan Pengurus Hubungan Jenama Kad dan Sokongan Perniagaan Perbankan, Bank Baiduri, Michelle Lo.

Manakala itu, hadiah kedua berupa sebuah kereta Mitsubishi Attrage 1.2 Auto disampaikan oleh Pengurus Perniagaan Perbankan, Bank Baiduri, Davern Lim dan Lau Soon Lin. Sementara itu, hadiah ketiga berupa baucar membeli belah H2 berjumlah $1,000 disampaikan oleh Lau Soon Lin.

Promosi ‘Big Shopping Win’ diadakan bermula dari 28 Disember 2015 hingga 29 Februari 2016.

ARTIKEL YANG SAMA