Hadiah hari jadi terbaik Bilic

LONDON, 12 Sept – Pedro Obiang dan Andre Ayew telah menjaringkan gol bagi memberikan pengurus West Ham United, Slave Bilic hadiah hari jadi ke-49 yang sempurna ketika Hammer menewaskan Huddersfield Town 2-0 dalam aksi Liga Perdana awal pagi tadi.

Obiang mendapat jaringan pembukaan dan Bilic kemudian jelas terlalu gembira apabila bintang Ghana, Ayew menggandakan kelebihan pasukannya bagi mata pertama West Ham musim ini.

Kekalahan kepada Huddersfield pasti menyebabkan pengurus dari Croatia itu dalam bahaya menjadi pengurus kedua untuk dibuang musim ini dalam Liga Perdana, selepas Frank de Boer dipecat oleh Crystal Palace semalam.

“Kami memulakan musim dengan tiga perlawanan di luar (mereka tidak dapat bermain di gelanggang sendiri sehingga Stadium London disesuaikan selepas Kejuaraaan Olaharaga Dunia) dan tiga kekalahan dan ini adalah perlawanan mesti menang,” kata Bilic kepada Sky Sports.

“Saya rasa tekanan seperti setahun. Ia mungkin tidak logik untuk saya berada di bawah tekanan selepas tiga perlawanan tetapi itu adalah bola sepak moden.

Andre Ayew (kanan) ketika menjaringkan gol kedua West Ham United dari jarak dekat ke atas Huddersfield Town dalam kemenangan 2-0 aksi Liga Perdana di Stadium London. – AP

“Hari ini adalah hari jadi saya dan ini sangat menakjubkan, hadiah terbaik saya.”

Bagi Huddersfield ia terbalik, dan gol pertama mereka bolosi, dalam apa yang dilihat sebagai permulaan menarik dalam kalangan elit.

Perlawanan yang penuh dengan komitmen tetapi kualiti yang hambar telah menyaksikan West Ham, dengan Andy Carrol kembali di bahagian serangan selepas kecederaan paha, nyaris berada di depan dalam separuh masa pertama.

Rembatan Obiang kelihatannya tersasar tetapi terbiasa terkena Mathias Jorgensen dan menyebabkan penjaga gol Huddersfield mati langkah bagi memberikan pendahuluan kepada West ketika perlawanan berbaki 18 minit.

Dan tiada nasib bagi gol kedua apabila Ayew, yang dimasukkan sebagai pemain gantian, memanfaatkan kegagalan pertahanan Huddersfield untuk mengeluarkan bola dari sepakan sudut dan membuat penyudah. – AFP