Hadiah menarik dalam promosi GHK Hari Raya

Hadiah menarik dalam promosi GHK Hari Raya

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Julai – Dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, GHK Motors Sdn Bhd menawarkan promosi GHK Hari Raya dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi pelanggan yang membeli mana-mana model kereta Mitsubishi atau Daihatsu.

Hadiah utama dalam promosi bermula 1 Julai hingga 30 September ini, ialah baucar wang tunai $12,000, diikuti baucar $8,000 dan $5,000 masing-masing hadiah kedua dan ketiga.

Selain itu, pelanggan bertuah keempat dan kelima juga akan menerima hadiah baucar wang tunai, masing-masing bernilai $3,000 dan $1,500.

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi ini, orang ramai boleh mengunjungi Bilik Pameran Mitsubishi atau menghubungi talian 2423423 semasa waktu bekerja atau mengikuti laman Facebook https://www.facebook.com/mitsubishimotorsGHK

Dengan pembelian mana-mana model kereta jenama Mitsubishi dan Daihatsu, pelanggan akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam promosi GHK Hari Raya.
Dengan pembelian mana-mana model kereta jenama Mitsubishi dan Daihatsu, pelanggan akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam promosi GHK Hari Raya.

ARTIKEL YANG SAMA