Hadiah untuk pelanggan Baiduri

Hadiah untuk pelanggan Baiduri

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Bagi menghargai pelanggannya, Bank Baiduri menawarkan set promosi menarik bagi pemegang kad kredit dan debitnya apabila mereka membeli barangan elektronik jenama Apple di AV Electronics, Kiulap bermula 21 Disember sehingga 3 Januari ini.

Mereka yang memilih Set Hadiah 1 akan menerima beg galas Crumpler The Private Zoo dan sepasang Earpods Apple, manakala mereka yang memilih Set Hadiah 2 menerima beg galas Crumpler The Private Zoo dan The Fug MacBook Sleeve. Bagi Set Hadiah 3 pula, pelanggan yang membelinya akan menerima kasing Speck Smartshell Macbook dan sepasang Earpods Apple dan Set Hadiah 4 pula akan menerima alat pembesar suara Bluetooth Bose SoundLink Color.

Set-set hadiah pilihan ini tersedia dengan sebarang pembelian sebuah Macbook Air 13” atau Macbook Pro dengan paparan retina 13 inci menggunakan kad kredit atau debit Baiduri di cawangan AV Electronics, Kiulap sahaja. Promosi ‘The Choice is Yours’ merupakan tawaran bagi kebebasan memilih set hadiah yang paling sesuai atau memenuhi keperluan gaya hidup pemilik kad Baiduri.

Macbook Apple yang ditawarkan bersama set hadiah di AV Electronics, Kiulap.
Macbook Apple yang ditawarkan bersama set hadiah di AV Electronics, Kiulap.

ARTIKEL YANG SAMA