Hadiri CHOD ke-18 di Hawaii

Hadiri CHOD ke-18 di Hawaii

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, baru-baru ini, telah menghadiri Persidangan Tahunan Ketua-Ketua Pertahanan (CHOD) ke-18 yang berlangsung di Hawaii, Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan keamanan dan keselamatan serantau.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, persidangan yang dihoskan oleh Pusat Kawalan Pasifik Amerika Syarikat (USPACOM) di Hawaii Prince Hotel Waikiki dari 28 hingga 30 September itu, dihadiri 26 orang ketua pertahanan dan para perwakilan dari rantau Asia Pasifik.

Antara agenda persidangan kali ini yang membawa tema ‘Addressing Shared Security Challenges and Ensuring Access to the Global Commons,’ termasuk perbincangan tidak rasmi di mana pembentang-pembentang jemputan membentangkan topik masing-masing berkaitan dengan tema, di samping sesi-sesi plenari bagi ketua-ketua pertahanan membincangkan mengenai topik-topik yang telah dibentangkan.

Pemerintah ABDB ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Pemerintah USPACOM.
Pemerintah ABDB ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Pemerintah USPACOM.
Gambar ramai ketua-ketua pertahanan dan perwakilan dari rantau Asia Pasifik yang menghadiri CHOD ke-18 2015 di Hawaii, AS.
Gambar ramai ketua-ketua pertahanan dan perwakilan dari rantau Asia Pasifik yang menghadiri CHOD ke-18 2015 di Hawaii, AS.

Selain daripada itu, ketua-ketua pertahanan juga dialu-alukan pada majlis resepsi yang dianjurkan oleh Pemerintah USPACOM di kediamannya pada hari pertama, dan persidangan berakhir dengan Majlis Makan Malam Perpisahan di ibu pejabat USPACOM.

Semasa persidangan itu, Pemerintah ABDB juga mengadakan kunjungan muhibah secara berasingan kepada rakan-rakan sejawatan untuk membincangkan hubungan dua hala di antara Brunei Darussalam dan negara masing-masing, serta inisiatif-inisiatif akan datang dalam mengukuhkan hubungan profesional dan persahabatan peribadi di antara angkatan bersenjata dan negara secara amnya.

ARTIKEL YANG SAMA