Hadiri kursus anti doping

Hadiri kursus anti doping

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Seorang pegawai dari Jawatankuasa Anti Doping Brunei Darussalam (BDADC) semalam, berangkat menghadiri Kursus Pegawai Kawalan Doping yang diadakan di Jakarta, Indonesia.

Kursus yang dijalankan selama dua hari bermula kelmarin itu dianjurkan oleh Pertubuhan Anti-Doping Asia Tenggara Serantau (SEARADO) dengan sokongan pasukan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

Menurut kenyataan di sini, tiga pegawai kawalan doping juga menghadiri kursus pegawai kawalan doping di Kuala Lumpur pada 2014.

Brunei Darussalam selama ini begitu aktif menghantar pegawai kawalan doping ke acara-acara sukan antarabangsa, serantau dan tempatan. Baru-baru ini, Dayang Siti Nuruljannah binti Haji Othman mewakili Brunei Darussalam sebagai Pegawai Kawalan Doping Antarabangsa pada temasya Sukan Sea 2015 ke-28 di Singapura.

Seorang pegawai dari BDADC kini berada di Jakarta bagi mengikuti kursus Pegawai Kawalan Doping di Jakarta, Indonesia.
Seorang pegawai dari BDADC kini berada di Jakarta bagi mengikuti kursus Pegawai Kawalan Doping di Jakarta, Indonesia.

ARTIKEL YANG SAMA