HAF adakan ‘Bootcamp’ sempena Hari Kebangsaan

HAF adakan ‘Bootcamp’ sempena Hari Kebangsaan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh HAF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Dalam usaha untuk menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan (HK) Negara Brunei Darussalam ke-32 tahun, Helmi Abdullah Fitness (HAF) semalam telah mengadakan Sesi Bootcamp yang berlangsung di Taman Jubli, Bandar Seri Begawan.

Menurut kenyataan yang diberikan, sesi itu telah dihadiri oleh lebih 50 orang peserta yang dibukakan kepada orang ramai dan telah diadakan selama sejam selepas waktu Isyak.

Para peserta yang hadir telah menunjukkan semangat patriotik dengan memakai baju berwarna kuning yang melambangkan warna bendera Negara Brunei Darussalam.

Bergambar ramai bersama para peserta yang mengikuti bootcamp semalam.
Bergambar ramai bersama para peserta yang mengikuti bootcamp semalam.

ARTIKEL YANG SAMA