Hagen dahului Jelajah Qatar

Hagen dahului Jelajah Qatar

LUSAIL, Qatar, 11 Feb – Edvald Boasson Hagen dari Norway yang beraksi bagi Dimension Data mendapatkan jersi emas pendahuluan selepas memenangi peringkat ketiga Jelajah Qatar semalam.

Boasson Hagen memenangi uji masa 11.4km sekitar litar Lusail dalam masa catatan 13minit 26saat, menamatkan 25saat di depan penunggang Jos Van Emden dari Belanda, dengan Manuel Quinziato dari Itali di tempat ketiga, ketinggalan 4saat.

Cavendish hanya menamatkan di tempat ketujuh, dengan 44saat, dan sekarang ketinggalan 26saat di belakang rakan sepasukan dalam kedudukan keseluruhannya.

Hagen, 28, berkata, “Saya merasa lebih kuat lagi dari tahun lepas dan dengan nasib baik. Saya berjaya memenangi hari ini, sekarang saya akan cuba untuk mempertahankan jersi keemasan.”

Peringkat keempat hari ini adalah tunggangan 189km dari Al Zubarah Fort ke Madinat Al Shamal. – AFP

Hagen (tengah) berjaya mendahului perlumbaan basikal selepas memenangi peringkat ketiga Jelajah Qatar. – AFP
Hagen (tengah) berjaya mendahului perlumbaan basikal selepas memenangi peringkat ketiga Jelajah Qatar. – AFP