Hagino tamatkan dominasi renang AS

Hagino tamatkan dominasi renang AS

RIO DE JANEIRO, 7 Ogos – Kosuke Hagino memenangi perlumbaan dalam acara 400 meter rampaian individu lelaki bagi memberi pingat emas Olimpik pertama buat Jepun menerusi sukan renang di Olimpik Rio, hari ini.

Hagino yang sekadar memenangi gangsa pada 2012 mendominasi perlumbaan dengan catatan 4 minit 6.05 saat, sekali gus menamatkan penguasaan perenang Amerika Syarikat (AS) dalam acara itu sejak 1996.

Chase Kalisz dari AS yang mencatat masa terpantas pada sesi saringan menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala rakan senegara Hagino, Daiya Seto membawa pulang gangsa. – Agensi

 

ARTIKEL YANG SAMA