Hahn juara Fargo

Hahn juara Fargo

WASHINGTON, 9 Mei (AFP) – James Hahn mencatatkan par pada lubang pertama dalam persaingan penentuan playoff semalam untuk mengetepikan persaingan dari Roberto Castro bagi merebut gelaran Kejuaraan Wells Fargo dan menamatkan beberapa bulan kesukaran dalam Jelajah PGA.

Hahn dari AS tiba di Quail Hollow di Charlotte, North Carolina, minggu ini setelah terlepas lapan cut berturut–turut. Dia tidak menghasilkan pusingan dalam 60an sejak Februari lalu.

Dia terpaksa bangkit selepas mencatatkan par putt empat kaki dilubang ke-18 yang sukar di Quail Hollow bagi memenangi gelaran kedua sepanjang kerjayanya.

Tetapi dia hanya memerlukan rutin par bagi kemenangan ketika Castro berada dalam kesukaran bagi persaingan playoff, yang membuat pukulan ke fairway.

Hahn bergambar bersama trofi selepas menjuarai kejohanan golf Wells Fargo Championship di Quail Hollow Club di Charlotte, kelmarin. – AP
Hahn bergambar bersama trofi selepas menjuarai kejohanan golf Wells Fargo Championship di Quail Hollow Club di Charlotte, kelmarin. – AP

Pukulan ketiganya dari pinggir tepat jatuh di kasut seorang penonton berhampiran green dan selepas pukulannya tinggi melepasi pin, dia hanya berjaya menghasilkan bogey.

Hahn dan Castro menamatkan 72 lubang pada sembilan bawah 279, satu pukulan di depan Justin Rose dari England.

Hahn, yang mendapatkan gelaran pertama sepanjang kerjayanya menerusi persaingan playoff, di Northern Trust Open di Los Angeles pada 2015, menghasilkan bogey di lubang ke 18 untuk mencatatkan cap 70 sementara Castro menamatkan dengan 71.

Rose menghasilkan 71 bagi di tempat ketiga berseorangan dengan 280.