Hainan Airlines tarik pelancong China ke Australia

Hainan Airlines tarik pelancong China ke Australia

SYDNEY, Sept 13 – Satu perkongsian bersama antara Hainan Airlines dan kerajaan negeri New South Wales (NSW) hari ini menyaksikan syarikat penerbangan itu akan terbang dari Changsha dan Xi’an China dalam penerbangan dua kali seminggu, membawa 52,000 pelancong China setiap tahun.

Menteri Perdagangan, Pelancongan dan Acara Utama NSW, Stuart Ayres dalam satu kenyataan bahawa kerjasama dengan salah satu syarikat penerbangan terbesar di China adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai pelancong China yang meningkat 21 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. – Xinhua

Perkhidmatan baru Hainan Airlines dari Changsha ke Sydney mendarat buat kali pertama di Lapangan Terbang Sydney di Australia, kelmarin. – AP
Perkhidmatan baru Hainan Airlines dari Changsha ke Sydney mendarat buat kali pertama di Lapangan Terbang Sydney di Australia, kelmarin. – AP

ARTIKEL YANG SAMA