Haiti mungkin tangguh pilihan raya

Haiti mungkin tangguh pilihan raya

PORT-AU-PRINCE, 21 Jan – Haiti mungkin membatalkan pilihan raya presiden jika pembangkang berusaha untuk menyertainya pada tarikh yang akan diumumkan kemudian, kata Perdana Menteri Evans Paul, yang menambah undian pada 24 Januari itu akan diteruskan jika tiada persetujuan untuk menamatkan kebuntuan politik.

Penunjuk perasaan membakar kenderaan dan penghalang jalan minggu ini selepas calon pembangkang, Jude Celestin berikrar untuk memboikot undian kerana dakwaan penipuan dalam pusingan pertama. Persaingan itu sudah dibatalkan sebanyak dua kali ketika penyiasatan terhadap dakwaan tersebut.

“Kami berada di tengah-tengah perundingan,” Paul memberitahu Reuters.

“Presiden (Michel) Martellu dan saya telah bercakap mengenai kemungkinan mempertimbangkan pembatalan pilihan raya pada Ahad ini.”

Penyokong dari Celestin seorang jurutera yang terlatih di Switzerland meminta kerajaan terlebihd ahulu menggantungkan undian pada Ahad ini untuk meredakan kemarahan, sebelum membincangkan tarikh baru bagi persaingan itu bersama calon parti memerintah, Jovenel Moise, pengeksport pisang.

“Kami mahu menegaskan, mereka perlu menarik semula tarikh 24 Januari itu untuk meredakan kemarahan penduduk yang membantah,” kata Jean Hector Anacacis, wakil Celestin dalam perbincangan itu, yang menambah kata pembangkang tidak akan mendapatkan bagi ‘penangguhan’ tarikh.

Negara yang mempunyai sekitar 10 juta orang itu telah bergelut untuk membangunkan demokrasi yang stabil sejak penggulingan dictator 1957 sehingga 1986 terhadap keluarga Duvalier berikutan rampasan tentera dan penipuan pilihan raya. Ketidakstabilan politik menjejaskan usaha Haiti untuk membangunkan semula enam tahun selepas gempa bumi. Rakan – rakan antarabangsa, termasuk PBB dan AS, mahu pilihan raya diadakan pada Ahad ini untuk memastikan presiden baru pada tarikh akhir perlembagaan 7 Februari. – Reuters