Haiwan terancam ditemui di Vietnam

Haiwan terancam ditemui di Vietnam

HANOI, 24 Ogos – Sekumpulan haiwan primat baru yang terancam telahpun ditemui di Vietnam, sekali gus menambah harapan haiwan luar biasa itu tidak mungkin dihapuskan dalam dekad akan datang seperti yang dikhuatiri oleh ahli sains.

Kera Delacour, berwarna hitam dan putih dengan muka yang dipenuhi dengan misai, ialah binatang asli di Vietnam, tetapi jumlah mereka telah merosot dalam beberapa tahun ini disebabkan pemburuan dan aktiviti perlombongan di hutan utara negara.

Sekumpulan ahli sains daripada Fauna dan Flora Antarabangsa menemui 40 haiwan primat itu, kebanyakannya masih kecil, membawa jumlah mereka kepada kurang daripada 250.

“Ia adalah berita baik untuk spesis ini disebabkan jika kami tidak menemui spesis baru ini, mereka menghadapi risiko menjadi pupus dalam tempoh satu dekad,” beritahu jurucakap untuk FFI di Vietnam, Akofa Wallace, kepada AFP semalam. – AFP