Hajah Siti Rahmah rayu bantuan

Hajah Siti Rahmah rayu bantuan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Salah seorang mangsa musibah angin ribut dari Daerah Tutong, Hajah Siti Rahmah binti Haji Omar hari ini merayu bantuan berikutan kerosakan teruk ke atas kediamannya.

Beliau yang tinggal bersama anak-anak di alamat No 715 Simpang 721 Kampung Pangkalan Mau, Jalan Kuala Abang di Daerah Tutong berkata ketika kejadian pada jam 2.45 petang Jumaat lepas, angin kencang telah menerbangkan kesemua atap rumah beliau.

“Dalam kejadian yang hanya berlaku selama 10 minit itu, garaj kereta di kediaman kami turut mengalami kerosakan teruk. Bekalan elektrik telah terputus hingga ke hari ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau merayu agar segera dihulurkan bantuan yang setentunya akan dapat meringankan bebanan beliau sekeluarga untuk membaik pulih rumah yang rosak sekali gus bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Keadaan kediaman Hajah Siti Rahmah yang mengalami kerosakan teruk.
Keadaan kediaman Hajah Siti Rahmah yang mengalami kerosakan teruk.

ARTIKEL YANG SAMA