Hajat 3 warga emas kesampaian

Hajat 3 warga emas kesampaian

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 27 Nov – Syiar Islam terus bersemarak di negara ini apabila tiga orang warga emas telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah dalam majlis pengislaman yang berlangsung di Kampung Merangking, hari ini.

Dua daripada tiga saudara baru berkenaan ialah pasangan suami isteri, Malang bin Tangguan, 67, yang memilih nama Islamnya sebagai Awang Mohd Marzuki bin Abdullah Tangguan, dan Nika binti Lawi, 65, yang kini dikenali sebagai Dayang Nor Shara binti Abdullah Lawi.

Sementara itu, seorang lagi ialah adik kepada Dayang Nor Shara iaitu Kecik bin Lawi, 64, yang telah memilih nama Islamnya sebagai Awang Mohd Hakim bin Abdullah Lawi.

Pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah mengesahkan sebutan Dua Kalimah Syahadah yang dilafazkan oleh Dayang Nur Alisha Natasha.
Pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah mengesahkan sebutan Dua Kalimah Syahadah yang dilafazkan oleh Dayang Nur Alisha Natasha.

Dalam temu ramah bersama Awang Mohd Marzuki dan Dayang Nor Shara, mereka melahirkan rasa gembira kerana hajat mereka untuk memeluk agama Islam telah kesampaian dan bersyukur dengan kehadiran anak-anak mereka seramai lapan orang, yang mana enam daripadanya telah pun memeluk agama Islam terlebih dahulu.

Majlis pengislaman ketiga-tiga mereka berlangsung di hadapan kaum keluarga dan sanak saudara yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA