Hajat tidak kesampaian

Hajat tidak kesampaian

TOKYO, 1 Julai (AFP) – Seorang wanita terbunuh apabila seorang pesara dengan sengaja membakar dirinya sendiri di dalam kereta api laju Jepun, sedang dalam perjalanannya ke tempat kuil untuk mengucapkan syukur kerana ‘kehidupannya yang aman’, hari ini.

Yoshiko Kuwahara meninggal dunia selepas Haruo Hayashizaki, 71 tahun menyimbah dirinya dengan minyak dan membakar dirinya di dalam kereta laju yang bergerak 300 kilometer sejam.

“Hari ini saya mengunjungi kuil Ise untuk bersyukur bagi kehidupan aman dan tenang saya,” Kuwahara, 52 tahun menulis di halaman Facebook pada pagi semalam, ketika dia menaiki kereta api laju Nozomi di Yokohama.

Kuil Ise adalah salah satu tempat paling suci di tempat asal Shintosim, Jepun dan tarikan utama pelancong. Kereta api itu membawa lebih 800 orang penumpang, dalam perjalanan dari Tokyo menuju pusat komersial Osaka apabila saksi-saksi melaporkan berlaku letupan di hadapan gerabak pertama.

Kepulan asap yang melemaskan, asap putih mengakibatkan para penumpang lari turun dari kereta api apabila ia melakukan penghentian kecemasan.

Paparan dari udara sewaktu kereta api laju itu berhenti. – AFP
Paparan dari udara sewaktu kereta api laju itu berhenti. – AFP

Menurut laporan pemandu kereta api berkejar balik ke dalam gerabak yang diselubungi asap dan cuba menyimbah badan Hayashizaki yang masih terbakar.

Gambar yang memaparkan bahagian dalam kereta api yang diambil sejurus selepas ia berhenti menunjukkan para penumpang dalam keadaan comot, batuk ketika mereka merangkak melalui asap tebal menuju pintu keluar, sesetengah mereka memegang kanak-kanak kecil.

Selain dua kematian, 26 orang tercedera dalam kejadian itu, menurut pihak berkuasa. Hari ini polis menyerbu rumah lelaki yang telah maut itu yang terletak di Tokyo untuk mencari bukti tentang motifnya.

Tabloid Sponichi, melaporkan Hayashizaki, yang tinggal bersendirian, mengadu kepada jiran-jiran bahawa ‘dia tidak dapat hidup dengan teratur kerana pencennya yang sedikit.” Tetapi alasan memilih membunuh diri di khalayak ramai yang boleh memberi kesan kecelakaan kepada mereka yang berada di dalam kereta api masih misteri.

Membakar diri sendiri agak jarang sekali berlaku di Jepun, sebuah negara yang mana budaya bantahan politik adalah terkawal, meskipun terdapat dua percubaan dan satu berjaya dalam tahun 2014.

Kedua-duanya adalah lelaki yang membantah apa yang mereka lihat sebagai ‘petenteraan’ Jepun di bawah Perdana Menteri Nasionalis, Shinzo Abe.

ARTIKEL YANG SAMA