Haji Abdul Ghani johan Membaca Al-Quran

Haji Abdul Ghani johan Membaca Al-Quran

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Haji Abdul Ghani bin Haji Md Hassan hari ini diumumkan sebagai johan Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Akhir bagi Kementerian Kesihatan sempena Sambutan Nuzul Al-Quran bagi tahun 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi.

Di majlis itu, Menteri Kesihatan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.

Pemenang kedua bagi kategori qari, Haji Abd Aziz bin Haji Tuah dengan markah 84.5 peratus manakala tempat ketiga Haji Zaman bin Haji Timbang dengan markah 83 peratus.

Sementara kategori qariah, peserta tunggal Dayang Norhayati binti Haji Mohammad pula diumumkan sebagai johan qariah dengan markah 73 peratus.

Johan qari Haji Abd Ghani menerima hadiah daripada Yang Berhormat Pehin.
Johan qari Haji Abd Ghani menerima hadiah daripada Yang Berhormat Pehin.
Salah seorang anak yatim menerima sumbangan derma yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan.
Salah seorang anak yatim menerima sumbangan derma yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan.

Pada majlis itu, penyampaian derma kepada 31 anak-anak yatim yang terdiri dari anak pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan turut disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin dan terdahulu penyampaian hadiah dan derma itu, majlis diserikan dengan persembahan Tausyeh dari Kumpulan Nuurul ‘ Inayah, Rakan Bantu Solat Pesakit, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Turut hadir di majlis itu, Setiausaha Tetap Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

ARTIKEL YANG SAMA