Haji Abdul Hamid juara ‘Kulit Buku Panduan Telefon 2016’

Haji Abdul Hamid juara ‘Kulit Buku Panduan Telefon 2016’

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – Seorang penggemar seni fotografi, Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Rahman memenangi hadiah wang tunai berjumlah $1,500 setelah dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Kulit Buku Panduan Telefon Brunei 2016.

Hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan hadiah pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di TelBru cawangan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hari ini, ialah Ketua Pegawai Pemasaran TelBru, Lim Ming Soon sambil disaksikan oleh Pengarah Urusan Teledirectories Sdn Bhd, James Lee.

James Lee dalam ucapan alu-aluannya berkata, bagi peraduan tahun ini, tema yang dipilih ialah ‘Membangunkan Generasi Berwawasan Melalui Teknologi’ sejajar dengan usaha syarikatnya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan merealisasikan Wawasan 2035.

Haji Abdul Hamid (memegang replika cek) bergambar bersama para pegawai TelBru dan Teledirectories Sdn Bhd.
Haji Abdul Hamid (memegang replika cek) bergambar bersama para pegawai TelBru dan Teledirectories Sdn Bhd.

Beliau berkata, pencapaian perubahan positif yang dicita-citakan oleh Negara Brunei Darussalam haruslah datang daripada terasnya, iaitu rakyat dan penduduk negara ini sendiri.

Tema tahun ini mengetengahkan golongan remaja yang sering dikatakan sebagai pemimpin generasi masa depan, namun pada realitinya mereka sudah pun memimpin pelbagai perubahan penting pada hari ini.

Peraduan kali ini menyaksikan jumlah penyertaan yang menggalakkan dan para hakim mengakui agak sukar membuat pemilihan pemenang kerana semua penyertaan yang diterima mempunyai kualitinya tersendiri.

ARTIKEL YANG SAMA