Haji Anuar menang pertandingan menghafaz Surah Yasin

Haji Anuar menang pertandingan menghafaz Surah Yasin

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Seramai 10 orang menyertai Pertandingan Menghafaz Surah Yasin yang diadakan buat julung kalinya oleh Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Kampung Katimahar.

Johan dimenangi oleh Haji Anuar bin Haji Anggas, manakala di tempat kedua ialah Ahmad Fuad bin Haji Hassan dan di tempat ketiga disandang oleh Awang Haji Mutallib bin Haji Mumin.

Majlis penyampaian hadiah berlangsung kelmarin dan disempurnakan oleh Imam Masjid, Haji Hassan bin Haji Taha.

Pertandingan Menghafaz Surah Yasin tersebut adalah bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-32 Tahun, bertujuan memberi peluang para jemaah mempersembahkan bakat mereka membaca Surah Yasin di khalayak ramai di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan jemaah masjid.

Penyampaian hadiah kepada salah seorang pemenang.
Penyampaian hadiah kepada salah seorang pemenang.

ARTIKEL YANG SAMA