Haji Kamarul Zaman juara Snuker 6 Reds

Haji Kamarul Zaman juara Snuker 6 Reds

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Haji Kamarul Zaman bin Haji Pungut dinobatkan sebagai juara dalam Perlawanan Akhir Snuker 6 Reds Kebangsaan anjuran Persatuan Sukan Cue Brunei yang berlangsung di Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

Dalam perlawanan tersebut, beliau berjaya menewaskan saingannya Teo Chee Soon dengan mata 5–4 setelah terpaksa untuk bermain di dalam set penentuan apabila kedudukan menjadi 2–2 dalam perlawanan akhir tersebut.

Haji Kamarul Zaman pada awalnya menewaskan Amran Shah pada peringkat separuh akhir dan menewaskan Lim Wei Kok pada peringkat suku akhir. Sementara itu Teo Chee Soon pula menewaskan Lim Young Wee pada peringkat separuh akhir dan Mohd Sufri di peringkat separuh akhir.

Haji Kamarul Zaman dalam aksi perlawanan tersebut.
Haji Kamarul Zaman dalam aksi perlawanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA