Haji Khairul Jamaluddin juara Terbuka Nett

Haji Khairul Jamaluddin juara Terbuka Nett

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Nov – Kira-kira 100 pelanggan Perbankan Perdana Privilege, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menyertai Kejohanan Golf Jemputan 2015 yang berlangsung di Kelab Golf The Empire Hotel & Country Club, hari ini.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan pada kejohanan yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara BIBD dengan pelanggan Perdana Privilege serta Perbankan Korporat dan Institusi, bank tersebut. Kategori Terbuka Nett telah dijuarai oleh Haji Khairul Jamaluddin yang mendapat 69 mata, sementara di tempat kedua ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul ‘Ali Yil-Kabier yang berjaya mendapat 70 dan tempat ketiga menjadi milik Awang Haji Amir bin Haji Osman yang juga mendapat 70 mata.

Kategori Senior Nett dijuarai oleh Wong Kai Tee yang berjaya mengumpul 71 mata, sementara Haji Mohd Yussop bin Haji Daud yang juga mendapat 71 mata berada di tempat kedua dan William Yap Chiap Thai di tempat ketiga dengan mendapat 72 mata.

Haji Shaiful Rizal bin Pehin Dato Dr Haji Ahmad menjuarai Kategori Terbuka Gross dengan mendapat 77 mata, manakala di tempat kedua ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohd Saifullah dengan mendapat 80 mata dan Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar di tempat ketiga dengan 80 mata.

Ketua Pegawai Kewangan dan Timbalan Pengarah Urusan BIBD, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori Terbuka Nett, Haji Khairul Jamaluddin.
Ketua Pegawai Kewangan dan Timbalan Pengarah Urusan BIBD, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori Terbuka Nett, Haji Khairul Jamaluddin.
Hajah Noraini menyampaikan hadiah pemenang Kategori Senior Nett kepada Wong Kai.
Hajah Noraini menyampaikan hadiah pemenang Kategori Senior Nett kepada Wong Kai.

Kategori Senior Gross dijuarai oleh Dato Paduka Haji Sheikh Adnan bin Sheikh Haji Mohammad dengan mendapat 80 mata, manakala di tempat kedua ialah Alfred Sim yang mendapat 83 mata dan Dato Paduka Haji Mohd Samid di tempat ketiga dengan mendapat 85 mata.

Hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Pegawai Kewangan dan Timbalan Pengarah Urusan BIBD, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman.

Dalam ucapan alu-aluannya beliau berkata, aktiviti seperti Kejohanan Golf Perdana Privilege itu adalah salah satu daripada usaha BIBD untuk meluaskan lagi rangkaian pelanggan yang sedia ada serta mengenali mereka yang baru dalam suasana kasual yang di luar persekitaran pejabat.

Katanya, atas sokongan daripada orang ramai, BIBD berupaya untuk mengembangkan asas pelanggan dalam semua segmen dan membangunkan lagi keupayaannya untuk menyediakan produk perbankan dan perkhidmatan yang lebih baik.

Kejohanan yang berakhir sejurus selepas tengah hari itu turut disertai oleh tokoh ternama dari sektor awam dan swasta.