Haji Mohd Yusra dilantik Timbalan SUT

Haji Mohd Yusra dilantik Timbalan SUT

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu, Haji Mohd Yusra bin Haji Mohd Salleh menjadi Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, tarikh pelantikan tersebut berkuatkuasa mulai hari Isnin, 14 Safar 1438H bersamaan dengan 14 November 2016M.

ARTIKEL YANG SAMA