Haji Osman bertuah promosi Masters Baiduri

Haji Osman bertuah promosi Masters Baiduri

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Haji Osman bin Salleh muncul menjadi pemenang bertuah apabila terpilih untuk menerima ganjaran bersempena dengan edisi ke-21 Masters Baiduri sebagai pemenang promosi awal Master Baiduri yang diadakan di Outlet Under Armour Brunei.

Undian telah dibuat oleh Pengurus Under Armour Brunei dan disaksikan oleh Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan di Bank Baiduri, Dorothy Newn.

Bercakap mengenai nasib, Haji Osman melahirkan penghargaan kepada Under Armour Brunei kerana menyediakan hadiah daripada pakaian golf yang secara keseluruhannya bernilai $500 dan kepada Kumpulan Bank Baiduri untuk menganjurkan kejohanan golf tahunan, Masters Baiduri.

Selain itu, hadiah tersebut juga terdiri daripada dua Coldblack® polo golf, polo golf Playoff®, sepasang seluar golf Match Play® dan topi Under Armour Tour®.

Kejohanan Masters Baiduri edisi ke-21 dijangka akan diadakan di Kelab Golf RBA selama hampir dua minggu bermula 20 Mei dan berakhir pada 29 Mei ini.

Haji Osman pemenang bertuah edisi ke-21 Masters Baiduri.
Haji Osman pemenang bertuah edisi ke-21 Masters Baiduri.

Kejohanan golf tersebut dibahagikan kepada empat bahagian: Lelaki, Wanita, Juniors dan Kumpulan.

Bahagian lelaki akan dibahagikan kepada Kategori Lelaki Terbuka dan Kategori Golf Senior. Sementara itu bagi Kategori Golf Junior pula dibuka kepada pemain golf yang berusia 13 hingga 18 tahun.

Yuran sebanyak $120 akan dikenakan kepada orang dewasa dan $60 bagi junior. Yuran termasuk fee hijau, kereta, beg cenderahati serta bufet sarapan pagi dan makan tengah hari.

Pemain juga dijemput untuk menghadiri majlis makan malam dan penyampaian hadiah pada akhir kejohanan itu.

Pemain boleh bermain lebih daripada sekali untuk meningkatkan peluang mereka untuk menang. Pemain dewasa akan menikmati diskaun yuran pendaftaran pada pusingan kedua dan berikutnya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Baiduri di 244 9666 atau layari www.baiduri.com, di mana mereka juga boleh memuat turun borang pendaftaran.

ARTIKEL YANG SAMA